Soalan Biologi SPM - Penyesuaian Tumbuhan Pada Habitat

Penyesuaian Tumbuhan pada Habitat 

  1. Pokok bakau hidup di dalam persekitaran yang ekstrim. Daun pokok ini mempunyai struktur hidatod yang berfungsi untuk

A menyingkirkan ion berlebihan

B menyingkirkan karbon dioksida berlebihan

C menyingkirkan oksigen berlebihan

D menyingkirkan garam berlebihan


2. Daun pada pokok bakau mempunyai kutikel yang tebal yang berfungsi

A mengurangkan kadar                translokasi

B mengurangkan                            penyingkiran gas oksigen

C meningkatkan ketahanan terhadap panas

D mengurangkan kehilangan air secara transpirasi


3. Mengapakah hanya pokok Avicennia dan Sonneratia sahaja yang mempunyai akar pneumatophor   manakala pokok bakau spesies lain tidak mempunyai struktur tersebut

A akar pokok tersebut terendam sepenuhnya di dalam air

B akar pokok tersebut tidak terendam sepenuhnya di dalam air

C lumpur di kawasan pokok tersebut sangat lembut

D lumpur di kawasan pokok tersebut adalah keras


4.Pokok brugueira tidak mempunyai pneumatofor seperti pokok Avicennia. Mengapakah ia tidak         

   memerlukan penyesuaian seperti Avicennia

     A akar pokok rhizophorà boleh berespirasi di dalam air

    B akar pokok rhizophorà tidak terendam di dalam air

    C kawasan rhizophorà  tidak terendam sepenuhnya di dalam air

    D kawasan rhizophorà tidak ditenggelami oleh air masin 

5. Tumbuhan bakau yang hidup di zon garis pantai mempunyai akar yang khusus iaitu

A Akar vivipariti

B akar pneumatofor

C akar jangkang

D akar udara

6. Akar pokok rhizophorà menyrbabkan lumpur di zon tengah menjadi lebih padat kerana

A memerangkap air yang masuk ke zon tengah

B memerangkap sampah sarah di zon tengah

C memerangkap lumpur yang dibawa arus 

D memerangkap tumbuhan yang ada di zon tengah

7.Antara berikut yang manakah akar yang terdapat pada pokok Brugueira

A akar jangkang

B akar banir

C akar pneumatofor

D akar tunjang


8. Pokok daratan seperti pokok pisang tidak dapat tumbuh di zon tengah kerana

A sel akar pokok tersebut akan mengalami plasmolisis

B sel akar pokok tersebut akan mengalami krenasi

C sel akar pokok tersebut akan mengalami transpirasi

D sel akar pokok tersebut akan mati

9. Antara spesies tumbuhan berikut yang manakah merupakan spedis perintis di kawasan paya bakau

A Brugueira

B Rhizophorà

C Avicennia

D Nypa

10. Antara berikut yang manakah merupakan maksud pengkolonian 

A tumbuhan mula menduduki kawasan yang belum diduduki, membiak dan 

membentuk koloni di kawasan tersebut.

B tumbuhan kedua menduduki kawasan yang telah diduduki tumbuhan lain

C beberapa tumbuhan yang menduduki kawasan selepas tumbuhan lain

D tumbuhan ketiga yang menduduki sesuatu kawasan baru selepas tumbuhan asal

11. Spesies yang manakah antara berikut merupakan spesies tumbuhan

A tumbuhan yang pertama menduduki satu kawasan baru

B tumbuhan yang tidak tumbuh di kawasan tersebut

C tumbuhan yang menggantikan tumbuhan assl di sesuatu kawasan

D tumbuhan yang telah pupus di kawasan tersebut

12. Bagaimanakah zon belakang mula dapat didiami oleh tumbuhan darat

A Zon belakang ditenggelami oleh air pasang sekali sekala

B Zon belakang menjadi semakin tinggi dan tidak terkena pasang surut air laut

C Zon belakang telah disesarkan oleh tumbuhan darat

D Zon belakang mengalami kemasukan air tawar daripada sungai

13. Zon paya bakau mempunyai kepentingan terhadap ekosistem iaitu

A Melindungi kawasan pesisir pantai daripada ribut

B Melindungi pantai daripada pencemaran 

C Melindungi pantai daripada ancaman spesies hidupan luar

D Menjadi tempat perlindungan haiwan darat

14. Kawasan paya bakau memberikan kepentingan ekonomi kepada manusia demgan cara

A Pembuatan arang kayu 

B Pembuatan tikar 

C Pembuatan tembikar

D Pembuatan kain songket

15. Antara berikut yang manakah kegunaan tumbuhan bakau di kawasan zon garis pantai

A Pembuatan minuman bergas

B Pembuatan ubat nyamuk

C Pembuatan cuka dan nira

D Pembuatan cat

16. Kawasan paya bakau amat penting bagi kemandirian hidupan laut kerana

A menjadi tempat perlindungan kepada hidupan laut

B menjadi tempat pembiakan bagi banyak spesies ikan 

C menjadi tempat perlindungan ikan semasa musim sejuk

D menjadi tempat hibernasi hidupan akuatik

17. Kawasan yang beriklim sangat sejuk seperti di kutub utara tidak mempunyai tumbuhan kerana

A tumbuhan tidak boleh berfotosintesis dengan cekap 

B kekurangan gas karbon dioksida

C kekurangan cahaya matahari

D kekurangan gas oksigen 

18. Tumbuhan dapat hidup dengan subur di kawasan tanah yang mempunyai pH

A sangat berasid

B sangat beralkali

C sedikit beralkali

D neutral

19. Kawasan sungai yang terletak dekat dengan janakuasa nuklear mempunyai bilangan ikan yang sangat sedikit kerana

A suhu airnya yang tinggi

B pencemaran radioaktif

C pencemaran bahan kimia

D nilai B.O.D yang tinggi

20. Mengapakah kawasan hutan tebal mempunyai bilangan pokok renek yang sangat sedikit

A keamatan cahaya yang sangat rendah 

B kekurangan nutrien di dalam tanah

C kekurangan air di dalam tanah

D kekurangan mineral di dalam tanah 

21. Taburan populasi organisma hidup bergantung kepada beberapa faktor. Antara berikut yang manakah bukan faktor tersebut

A suhu

B air 

C cahaya

D antibodi. 


22. Antara berikut yang manakah bukan merupakan kesan negatif terhadap penyahutanan

      A Hakisan tanah

      B Pertumbuhan tumbuhan 

          yang perlahan 

      C Mengganggu kitar 

          nitrogen

      D Banjir kilat


23. Aktiviti penyahutanan boleh membantu manusia untuk tujuan berikut kecuali

A Melombong mineral 

B Menjalan aktiviti pertanian 

C Menjalankan aktiviti penternakan 

D Menjalankan aktiviti penerbangan 

24. Antara berikut yang manakah bahan yang menyebabkan berlakunya eutrofikasi 

A bahan toksik 

B logam berat 

C baja fosfat 

D bahan radioaktif 

25. Kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan dengan mengamalkan amalan yang baik di dalam kehidupan seharian seperti

A menggunakan kenderaan           menggunakan bahan api fosil 

B tidak menggunakan tenaga        elektrik 

C menggunakan tenaga               nuklear sebagai bekalan            kuasa utama 

D menjimatkan penggunaan          bahan api fosil



































Comments

Popular posts from this blog

SOALAN BIOLOGI SPM BIODIVERSITI

Soalan Biologi SPM - Struktur Dan Fungsi Daun