SOALAN BIOLOGI SPM BIODIVERSITI
BIODIVERSITI
1.Pokok filogeni dapat menjelaskan berkaitan
A hubungan evolusi sekumpulan organisma yang berlainan spesies
B kepelbagaian sesuatu organisma
C keunikan sesuatu organismA
D kepupusan sesuatu organisma
2.Pengelasan sesuatu organisma mengikut filogeni adalah berdasarkan kepada
A kromosom homolog
B struktur homolog
C struktur asas
D struktuf tulang
3. Tumbuhan darat yang wujud di bumi dikatakan berasal daripada organisma lain. Organisma tersebut adalah
A bakteria
B alga hijau
C amoeba
D bakteria hijau
Antara berikut yang manakah yang betul mengenai evolusi tumbuhan darat
A alga hijau —---> tumbuhan tiada tisu vaskular —--> tumbuhan bertisu vaskular tanpa biji
—---> tumbuhan bertisu vaskular dengan biji benih
B alga hijau —---> tumbuhan bertisu vaskular tanpa biji —---> tumbuhan bertisu vaskular
dengan biji benih —-->tumbuhan tiada tisu vaskular
C alga hijau —---> tumbuhan bertisu vaskular tanpa biji benih —-->tumbuhan tiada tisu
vaskular —---> tumbuhan bertisu vaskular dengan biji benih
D tumbuhan bertisu vaskular tanpa biji benih —-->tumbuhan tiada tisu vaskular —--->
tumbuhan bertisu vaskular dengan biji benih alga hijau —--->alga hijau
Bagaimanakah tumbuhan angiosperma dapat menjadi spesies yang berjaya di bumi
A mempunyai biji benih yang banyak
B mempunyai biji benih yang bercambah di atas pokok
C mempunyai biji benih yang dilindungi di dalam buah
D mempunyai biji benih yang tidak dilindungi oleh buah
Tumbuhan gimnosperma mempunyai perbezaan dengan tumbuhan angiosperma. Apakah perbezaan tersebut
A tumbuhan angiosperma mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding tumbuhan
gimnosperma
B tumbuhan angiosperma mempunyai bunga yang terang manakala tumbuhan gimnosperma
mempunyai bunga yang kusam
C tumbuhan angiosperma mempunyai bunga manakala tumbuhan gimnosperma tidak
menghasilkan bunga
D tumbuhan angiosperma mempunyai akar jangkang manakala tumbuhan gimnosperma
mempunyai akar banir
Langkah pengekalan biodiversiti di Malaysia dilakukan dengan cara pemuliharaan in situ. Antara berikut yang manakah langkah pemuliharaan in situ
A pemeliharaan spesies flora dan fauna di kawasan kediaman
B pemeliharaan flora dan fauna di taman negars
C pemindahan spesies flora dan fauna di luar habitat asal
D pemeliharaan spesies flora dan fauna di dalam rumah hijau
Pemuliharaan ecara ex situ dijalankan dengan menggunakan kaedah berikut kecuali
A memelihara spesies di dalam zoo
B memelihara spesies di taman botani
C memelihara spesies di kawasan perumahan
D memelihara spesies di dalam sarkas
Antara berikut yang manakah adalah ciri-ciri bakteria
A Bahan genetiknya merupakan bebenang kromosom (DNA) di dalam sitoplasma
B mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan
C Badannya wujud sebagai miselium .
D tidak menjalankan sebarang proses hidup jika berada di luar sel perumah.
Protozoa mempunyai ciri-ciri seperti berikut kecuali
A mempunyai ciri seperti haiwan
B merupakan mikroorganisma unisel
C Pemakanan protozoa adalah secara heterotrof
D mempunyai kloroplas.
Antara berikut yang manakah menunjukkan sesuatu organisma adalah alga
A mempunyai kloroplas dan mempunyai flagela
B mempunyai dinding sel
C tidak mempunyai kloroplas tetapi mempunyai flagela
D bahan genetiknya tidak diliputi oleh membran nukleus
Kulat mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
A tidak mempunyai klorofil.
B kulat wujud sebagai miselium
C dijumpai di kawasan gelap atau lembap
D merupakan organisma autotrof
Virus tidak dimasukkan ke dalam mana-mana alam kerana
A kulat adalah organisma unisel
B kulat tidak boleh berfotosintesis
C tidak menjalankan sebarang proses hidup
D virus membiak secara belahan dua
Apakah bakteria yang menukarkan gas nitrogen kepada ammonia di dalam akar tumbuhan legum
A Nitrosomonas sp
B Rhizobium sp.
C Nitrobacter sp.
D Azotobacter sp.
Di dalam kitar nitrogen nitrit ditukarkan menjadi nitrat oleh bakteria
A Nitrosomonas sp
B Rhizobium sp.
C Nitrobacter sp.
D Azotobacter sp
Bakteria pendenitritan menukar nitrat di dalam tanah menjadi gas nitrogen melalui proses
A pendeaminan
B perkumuhan
C pendenitratan
D pendenitritan
Antara berikut yang manakah fungsi penting fitoplankton di dalam ekosistem
A menstabilkan kandungan oksigen di atmosfera
B menjadi sumber makanan kepada kulat
C mengurangkan kandungan gas nitrogen di atmosfera
D meningkatkan populasi amfibia di persekitaran akuatik
Struktur pada kulat yang paling besar dan terletak di dalam tanah. Apakah nama struktur tersebut
A falanks
B miselium
C flagela
D silia
Mikroorganisma pengurai sangat penting dalam ekosistem. Apakah yang akan berlaku sekiranya tiada mikroorganisma pengurai di dalam ekosistem
A Bahan organik
kompleks tidak dapat diuraikan kepada sebatian ringkas
B Bahan organik ringkas tidak dapat ditukarkan menjadi sebatian kompleks
C Bahan organik kompleks tidak dapat ditukarkan menjadi bahan tidak organik
D Bahan organik tidak dapat dihasilkan
20 ektomikoriza dikelaskan sebagai ektosimbion kerana
A ia hidup di dalam badan perumah
B ia hidup di dalam air
C ia hidup perumah
D ia hidup di luàr badan perumah
21. Endosimbion merupakan organisma yang hidup menumpang pada organisma lain. Antara berikut
yang manakah adalah endosimbion
A Anopheles sp.
B Vibrio cholerae
C Trichonympha sp.
D Musca domestica
22. Di antara organisma berikut yang manakah adalah vektor bagi penyakit cirit birit
A Periplaneta americana
B Musca domestica
C Aedes aegypti.
D Tinea sp.
Comments
Post a Comment